Resepi Cekodok Milo @ Jemput-jemput Milo

Bile cekodok je kita mesti ingat pisang lumat kan. Apabila di dapur tiada pisang tetapi ada tepung dan milo, terhasil la resepi cekodok milo. Bukan sahaja kanak-kanak menggemarinya malah orang dewasa pon mengatakan nya lazat. Mari kita lihat resepi cekodok milo yang simple ni.


Bahan-bahan nya :

  1. Tepung gandum 2 cawan
  2. Setengah cawan milo
  3. 3 sudu susu pekat
  4. 2 sudu gula 
  5. 3 sudu Minyak jagung 
  6. 1 sudu kecil serbuk penaik 
  7. Air suam


Cara-cara nya :

  1. Satukan semua bahan 
  2. Isi air suam sikit-sikit sampai adunan sebati - tidak terlalu lembik & tidak terlalu keras 
  3. Panaskan minyak 
  4. Acu kan dalam sudu besar adunan yang sudah sebati tadi dan goreng kan 
  5. Bila sudah nampak macam dah siap
  6. Angkat dan bolehlah dihidang kan
  7. Siap
Senang je kan. Macam goreng jemput-jemput je. Selamat mencuba.


kredit resepi kepada ‎Umi Habibah Mohammad‎ Masak Apa Hari Ni

0 Response to "Resepi Cekodok Milo @ Jemput-jemput Milo"

Post a Comment