Resepi Sup Cendawan Berkrim ala-ala PizzaHut

Sup cendawan yang mainstream di Malaysia ni biasa nya yang tiada krim atau macam sup ayam tu. Sup yang berkrim ni datang nya dari Barat. So, kali ini kami ingin kongsi kan cara untuk menyediakan sup cendawan berkrim.

Sumber Google
Bahan-bahan nya :

  1. 220 gram cendawan butang jenis segar 
  2. 600 ml air
  3. 350 ml susu rendah lemak
  4. 1 kiub ayam - brand Maggi
  5. 1 biji bawang besar - potong dadu
  6. 1 ulas bawang putih - cincang halus
  7. 2 sudu besar mentega
  8. 1 setengah sudu besar tepung gandum
  9. Setengah sudu teh serbuk lada hitam
  10. Garam
  11. Daun parsley - untuk hiasan

Cara-cara nya :

  1. Basuh cendawan dan lap kering dengan towel bersih. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan
  2. Panaskan mentega dan non-stick wok, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja 
  3. Masukkan tepung dan kacau rata-rata - Gunakan api kecil
  4. Tuang air dan susu rendah lemak, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat
  5. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus dan tuang dalam kuali semula
  6. Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada hitam dan kacau rata
  7. Masak hingga pekat dan rasa sedikit, kalau kena tambah garam tambah sedikit
  8. Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan taburan serbuk lada hitam
  9. Siap!
Siap pon sup cendawan berkrim macam kat kedai western atau PizzaHut. Sup ini sedap dimakan dengan Garlic bread atau roti bawang putih. Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Sup Cendawan Berkrim ala-ala PizzaHut"

Post a Comment