Resepi Sambal Sotong yang Sangat Sedap

Sambal sotong ini sangat sedap kalau dibuat makan dengan nasi lemak kerana sambal sotong ada rasa-rasa pedas di campurkan dengan nasi lemak. Ump~ sangat sedap. Jom kita pelajari bagaimana untuk memasak sambal sotong yang lazat.

Sumber Google
Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. 3 ke 4 Sotong yang siap dibersihkan
  2. Bawang besar - dipotong bulat
  3. bahan-bahan tumis
    1. Bawang merah - diblend
    2. Bawang putih - diblend
  4. Cili kisar
  5. Asam jawa
  6. Garam
  7. Gula
  8. Kicap manis - untuk mencantikkan sambal

Langkah-langkah memasak nya :

  1. Tumis bahan-bahan tumis hingga garing
  2. Masukkan pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  3. Masukkan bawang yang dipotong bulat dan masukkan sedikit kicap manis
  4. Akhir sekali masuk kan sotong. Kacau sementara sehingga kita rasa sotong sudah masak
  5. Padam kan api dan hidangkan
Terliur sambil menaip resepi sambal sotong ni. Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Sambal Sotong yang Sangat Sedap"

Post a Comment