Resepi Kek Oren Kukus yang sangat mudah

Tidak perlu cerita panjang. Tajuk sahaja telah mencukupi. Resepi yang sangat mudah dan penuh dengan vitamin C iaitu kek oren kukus fresh.


Bahan-bahan nya :

  1. 5 biji telur
  2. Setengah cawan gula kastor
  3. 1 cawan susu pekat
  4. Setengah cawan pati oren sunquick
  5. 2 cawan tepung berserbuk penaik
  6. Setengah cawan minyak masak
  7. 1 sudu makan ovalette
  8. Sedikit pewarna oren
  9. 1 biji buah oren - dibuang kulit & potong dadu kecil
  10. Whipping cream

Cara-cara nya :

  1. Pukul telur dan gula kastor hingga kembang. Masukkan ovalette dan putar lagi hingga gebu
  2. Masukkan pula susu pekat dan minyak masak. Putar lagi hingga kembang
  3. Gaulkan tepung sedikit-sedikit hingga habis
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diadun dengan warna oren
  5. Tuangkan adunan warna oren, warna asal berselang seli hingga habis ke dalam acuan
  6. Tutup acuan dengan kertas aluminium
  7. Panaskan pengukus, masukkan loyang kek tadi dan kukus dalam api sederhana selama kira-kira 1 jam atau sehingga kek masak
  8. Keluarkan daripada pengukus. Sapukan cream atas kek kemudian letak buah oren
  9. Siap untuk dihidangkan

Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Kek Oren Kukus yang sangat mudah"

Post a Comment