Resepi Otak-otak yang Lazat

Sebelum ini kami pernah kongsikan resepi sata ikan . Resepi kali ini lebih kurang je dengan sata ni. Beza nya ia leper dari sata ikan . Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan otak-otak yang lazat.


Bahan-bahan nya adalah :

  1. 3 ekor ikan tenggiri atau ikan merah - diambil isinya sahaja dan dicincang halus
  2. 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  3. 3 batang cili merah - dibuang biji dan dikisar halus
  4. 5 tangkai cili kering - direndam hingga lembut dan dikisar halus
  5. 4 ulas bawang merah - dikisar
  6. 2 ulas bawang putih - dikisar
  7. 3 biji buah keras - dikisar
  8. 1 cm halia - dikisar
  9. 1 batang serai - dikisar
  10. 1 cm kunyit hidup - dikisar
  11. 175 ml pati santan
  12. Garam secukup rasa
  13. 20 helai daun kelapa
  14. Lidi secukupnya

Cara-cara nya :

  1. Satukan semua bahan kecuali isi ikan dan daun kelapa
  2. Panaskan atas dapur sekejap hingga didih dan pekat kuahnya
  3. Tunggu sehingga kuah sejuk
  4. Bila dah sejuk gaulkan dengan isi ikan tadi
  5. Sudukan ramuan ke atas daun kelapa
  6. Sematkan dengan lidi kemas di kedua-dua hujungnya dan siap
  7. Bakar kedua-dua belah sehingga masak
  8. Siap
Sangat mudah bukan?..Apelagi, jom la buat banyak-banyak, boleh bawa niaga.

0 Response to "Resepi Otak-otak yang Lazat"

Post a Comment