Resepi Keropok Nasi

Kalau anda nasi keras semalam lebih dan belom basi lagi. Apakata anda cuba buat keropok nasi. Senang sahaja cara untuk buat keropok nasi ini. Jom kita tengok resepi nya.


Bahan-bahan nya :

  1. 1 mangkuk nasi sejuk - rendam dalam air masak dalam 1 jam
  2. 1 mangkuk tepung ubi
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 1 sudu kecil ketumbar
  5. 1 batang daun bawang - hiris nipis
  6. Garam 
  7. Kiub ayam

Langkah-langkah nya :

  1. Blender nasi, bawang putih, ketumbar sampai halus
  2. Masukkan garam, hirisan daun bawang, kiub ayam
  3. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sampai liat
  4. Angkat adunan dan bentukkan lonjong - seperti keropok lekor batang
  5. Kemudian rebus dalam air mendidih sehingga ia terapung
  6. Angkat dan potong nipis, kemudian jemur di bawah cahaya matahari sehingga kering
  7. Apabila sudah kering, boleh la anda goreng kan nya
  8. Siap

Senang je nak buat keropok nasi sendiri kan. Jom la cuba. Belom cuba belum tahu sedap nya.

0 Response to "Resepi Keropok Nasi "

Post a Comment