Resepi Kuih Pau Cina yang Gebu dan Lazat

Harini kita ada resepi special yang ingin dikongsi kan. Iaitu pau cina yang lembut dan gebu. Jom kita tengok resepi nya.

Sumber Google
Bahan-bahan nya :

  1. 240 gram tepung Hong Kong @ Tepung halus @ tepung waterlily @ tepung pau
  2. 1 sudu kecil "Double-Acting baking powder"
  3. 1 sudu kecil "instant yeast"
  4. Setengah sudu kecil garam
  5. 25 gram lemak sayur 
  6. 100 ml air suam
  7. 30 gram gula halus
  8. Setengah sudu kecil cuka
  9. Inti : 
    1. Kaya 
    2. Kacang
    3. boleh buat inti karipap
    4. ETC

Cara-cara membuat nya :

  1. Satukan dahulu setengah sudu kecil cuka, 100ml air suam dan 30 gram gula halus. Kemudian kacau hingga sebati
  2. Dalam bekas yang lain, satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder. Kemudian gaul hingga rata 
  3. Tuang bahan yang disatukan di "step 1" sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan "step 2" tadi sambil digaul hingga menjadi doh
  4. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal - lebih kurang 15 minit 
  5. Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda
  6. Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian dan bulat-bulatkan
  7. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bulat-bulatkan kembali, letak atas kertas minyak yg telah dipotong dan sapu dengan sedikit lemak sayur. Buat hingga siap
  8. Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit
  9. Setelah 15 minit boleh lah diangkat dan dihidangkan panas
  10. Siap
Selamat mencuba ye. Senang je nak buat pau cina ni.

0 Response to "Resepi Kuih Pau Cina yang Gebu dan Lazat"

Post a Comment