Resepi Mee Bakso & Bebola Ayam Lazat

Memandang kan resepi ni agak banyak bahan yang diperlukan dan juga langkah nya. Anda disarankan untuk salin atau print je. Senang nak rujuk kalau anda nak buat mee bakso bebola ayam ni.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Bahan Untuk Bebola Ayam :
    1. 500 gram daging ayam - bahagian dada
    2. 1 biji bawang besar - potong dadu kecil
    3. 2 inci halia - ditumbuk halus bersama bahan 4 &5
    4. 3 ulas bawang putihditumbuk halus bersama bahan 3 &5
    5. 1 sudu kecil lada hitamditumbuk halus bersama bahan 3 &4
    6. 3/4 sudu kecil garam
    7. 2 sudu kecil hirisan halus daun sup
    8. 4 sudu besar tepung jagung
    9. 1 putih telur
    10. 1 sudu kecil baking powder
  2. Bahan untuk sup bakso :
    1. 2 liter air
    2. 3 biji bawang putihkisar halus bersama bahan 3 &4
    3. 2 inci haliakisar halus bersama bahan 2 &4
    4. 4 ulas bawang merah kecil - kisar halus bersama bahan 2 &3 
    5. 2 inci lengkuas - diketuk
    6. 3 ketul kiub stok daging lembu atau ayam
    7. 1 sudu besar ketumbar bijiditumbuk halus dan dibungkus dengan kain muslin
    8. 1/2 sudu kecil jintan halusditumbuk halus dan dibungkus dengan kain muslin
    9. 1/2 sudu kecil jintan kasarditumbuk halus dan dibungkus dengan kain muslin
    10. 1 sudu besar lada hitam biji - ditumbuk halus dan dibungkus dengan kain muslin
    11. 1 batang kayu manis
    12. 5 kuntum bunga cengkih
    13. 3 biji buah pelaga
    14. 1 kuntum bunga lawang
    15. 3 ke 4 sudu besar kicap cair
  3. Bahan-bahan selebih nya :
    1. Mee kuning 
    2. Hirisan daun sup @ bawang
    3. Hirisan halus kobis
    4. Hirisan halus lobak merah
    5. Taugeh
    6. Bawang goreng
    7. Sos cili
    8. Sos tomato
    9. Sos tiram

Cara-cara nya :

  1. Mula kita sediakan bebola ayam : 
    1. Satukan semua bahan-bahan untuk bebola ayam dalam alat pengisar makanan dan kisar hingga semua sebati dan kenyal
    2. Buatkan bebola  
    3. Rebus bebola tadi dalam 2 liter air mendidih selama 10 minit
    4. Angkat dan toskan. Simpan air rebusan untuk kegunaan kemudian
  2. Langkah seterusnya kita buat sup
    1. Dalam periuk, tuang 3 sudu besar minyak, dan tumis kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan bahan-bahan kisar hingga wangi
    2. Masukkan lengkuas titik dan tuang air dan juga air rebusan bebola tadi
    3. Masukkan kiub pati daging lembu @ ayam, dan rempah yang telah dibunjutkan 
    4. Biar mendidih perlahan selama 20 ke 25 minit
    5. Masukkan kicap cair dan biar mendidih lagi
    6. Rasa kuah, jika ok boleh la padam kan api
  3. Langkah akhir :
    1.  Dalam mangkuk, masukkan mee kuning sudah siap direbus lembut 
    2. Tabur taugeh, kobis dan lobak merah 
    3. Tuang sup atas mee bersama bebola daging ayam tadi 
    4. Hias dengan hirisan daun sup @ bawang dan bawang goreng
    5. Letak setiap jenis sos sedikit-sedikit atas bakso tadi mengikut kemahuan masing
    6. Siap dan hidangkan la
*Tips - Kalau nak tambah pedas boleh tambah cili kicap (tumbuk 10 cili padi + 1 ulas bawang putih + 1/2 cawan kicap manis)



Langkah yang panjang. Tapi sangat berbaloi dengan hasil nya kerana rasa nya yang sangat sedap.

0 Response to "Resepi Mee Bakso & Bebola Ayam Lazat"

Post a Comment