Resepi Telur Rebus Bersalut Daging

Ini Resepi yang luar biasa sikit yang kami ingin kongsi kan. Memang takda jual dimana-mana restoran setakat ini dalam pengetahuan kami. Resepi ini diberi nama telur rebus bersalut daging. Macam mana rupa nya?. lihat gambar dibawah. Resepi ini dikongsi TiffinBiru

Sumber TiffinBiru blog
Bahan-bahan nya :

  1. 250 gram daging cincang
  2. 16 ke 18 biji telur puyuh - rebus dan kupas kulit nya
  3. bahan tumbuk halus
    1. 1 inci halia
    2. 3 ulas bawang putih
  4. 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  5. 1/2 sudu kecil garam
  6. 1 sudu besar cincangan halus daun sup
  7. 1/2 cawan tepung gandum
  8. 1 biji telur - dipukul
  9. 1 cawan serbuk roti

Cara-cara nya :

  1. Satukan kesemua bahan-bahan kecuali bahan no 2, 8 dan 9 ke dalam satu bekas kacau hingga semua bahan sebati. Rehatkan 15 minit
  2. Kemudian, sapu tangan dengan sedikit minyak masak, ambil kurang lebih 1 sudu besar penuh bahan yang sudah disatukan tadi, dan balutkan pada telur puyuh, kemaskan dan bulat-bulatkan. Buat sampai siap
  3. Kemudian celup setiap biji bebola tadi dalam bancuhan telur "bahan 8", angkat dan golekkan atas serbuk roti "bahan 9" hingga rata. Buat hingga habis
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan
  5. Angkat dan toskan
  6. Hidang bersama sos & mayonaise
  7. Siap
Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Telur Rebus Bersalut Daging"

Post a Comment