Resepi Kuih Tepung Gomak @ Gomok

Kuih tepung gomok atau juga dieja sebagai buah gomok, atau gomak atau juga dikenali sebagai Kuih buah beluru merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan berbentuk bulat getel dengan inti kelapa manis. Di bahagian luar tepung gomok dilumur dengan tepung pulut / tepung kacang hijau untuk mengelakkan ia daripada melekat sesama sendiri.


Bahan untuk menyalut kuih :

  1. 500 gram kacang hijau
Cara penyediaan :

  1. Basuh dan toskan kacang hijau
  2. Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat
  3. Kisar kacang tadi dengan menggunakan pengisar kering. Kisar sekejap sahaja untuk membuang kulitnya dahulu. Tampi untuk membuang kulit kacang yang tertanggal
  4. Kemudian barulah kisar kacang tersebut sehingga hancur dan menjadi tepung. Ayak kacang supaya mendapat tepung yang halus. Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis
  5. Simpan didalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih

Bahan-bahan untuk inti :

  1. 1 biji kelapa parut
  2. 200 gram gula melaka atau gula merah
  3. Setengah cawan gula pasir
  4. 1 sudu besar tepung gandum
  5. Garam
  6. 1 helai daun pandan
  7. Air
Cara-cara penyediaan :

  1. Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan
  2. Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
  3. Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan-bahan kuih tepung gomak :

  1. 500 gram tepung pulut
  2. Garam
  3. Air

Cara-cara penyediaan :

  1. 1. Gaulkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam(sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati/kental . Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.
  2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula.
  3. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul(naik ke atas) barulah diangkat.
  4. Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba. Kredit kepada Che Mat sumber resepi.

0 Response to "Resepi Kuih Tepung Gomak @ Gomok"

Post a Comment