Resepi Nasi Goreng Seafood yang Lazat

Tak perlu cerita panjang kerana anda pon tahu yang resepi nasi goreng je mesti senang nak buat. Kali ini kami akan kongsikan resepi nasi goreng seafood kepada anda.


Bahan-bahan nya :

  1. 1 mangkuk besar nasi
  2. 1 biji bawang besar - hiris
  3. 2 ulas bawang putih - hiris
  4. 2 pokok sawi jepun
  5. 2 biji telur bersama setengah sudu teh serbuk lada hitam - dikacau rata
  6. Setengah cawan isi kerang
  7. 3/4 cawan isi kupang
  8. Setengah cawan udang
  9. 1 sudu besar sambal belacan 
  10. 1 sudu besar sos tiram
  11. Suku sudu teh minyak bijan
  12. Kicap cair secukupnya
  13. 1 sudu besar margerine
  14. Hirisan daun sup
  15. Hirisan cili merah
tips
Bahan-bahan sambal belacan

  • 1 inci belacan, dibakar
  •  biji cili merah
  • 15 biji cili padi merah
  • Secubit gula (kalau suka nak letak serbuk perasa sikit)

Cara-cara nya :

  1. Cuci sawi Jepun, asingkan daun dan tangakinya, potong berasingan. Tumbuk lumat semua bahan-bahan untuk sambal belacan. Ketepikan
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan margerine. Tumis bawang besar, bawang putih dan sambal belacan hingga harum, masukkan sos tiram dan tangkai sawi, gaul rata. Tambah kerang, kupang dan udang. Masak sekejap
  3. Tolak ketepi kuali bahan-bahan tadi, masukkan telur dan biar hingga telur mengeras sedikit. Kacau dengan sudip untuk menghancurkan telur tadi. Gaul rata dengan bahan2 lain. Masukkan nasi dan gaul rata
  4. Tambah minyak bijan dan kicap cair secukupnya. Gaul hingga semua rata. Tambah daun sawi dan kacau lagi. Rasa dan jika perlu tambah kicap cair sehingga mendapat tahap kemasinan yg sesuai
  5. Alih nasi tadi ke dalam bekas sesuai dan tabur hirisan daun sup/daun bawang dan hirisan cili sebelum menghidang
  6. Siap
Selamat mencuba. Sesuai dan sedap kalau anda tambah telur dadar. Baru kenyang.

0 Response to "Resepi Nasi Goreng Seafood yang Lazat"

Post a Comment