Resepi Nasi Goreng Udang Salai Sarawak Mari

Resepi popular di negeri Borneo Sarawak. Masakan yang diberi nama nasi goreng udang salai. Resepi yang ringkas dan mudah. Tidak lupa juga sangat ssedap.


Bahan-bahan nya :
  1. 400 gram nasi sejuk
  2. 2 sudu besar cili kisar
  3. 4 pokok sawi
  4. 100 gram kobis  - hiris
  5. 2 keping fish cake
  6. 1 biji cili hijau
  7. 1 pokok daun sadri
  8. 3 sudu besar minyak untuk menumis
  9. Garam secukup rasa
  10. Bahan tumbuk :
    1. 3 sudu besar udang salai Sarawak
    2. 3 ulas bawang merah
    3. 6 ulas bawang putih

Cara-cara nya :
  1. Udang salai itu direndam sekejap bagi lembut sebelum ditumbuk.  Fish cake dipotong nipis.  Cili hijau dan daun sadri dihiris
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.  Masuk cili kisar dan fish cake.  Tumis lagi hingga garing
  3. Masukkan pula sawi dan kobis hiris.  Bila sayur dah mula layu, masukkan nasi sejuk.  Gaul-gaulkan hingga rata
  4. Akhir sekali masukkan garam.  Bila hidang taburkan cili hijau dan daun sadri
  5. Goreng seketika. Padam kan api
  6. Hidang kan
  7. Siap
Mudah sahaja untuk buat nasi goreng yang saya percaya kebanyakan daripada anda belum pernah mencuba nya. Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Nasi Goreng Udang Salai Sarawak Mari"

Post a Comment