Resepi Ringkas : Mee Sanggul Kuah Kicap

Tidak perlu cerita panjang. Kita ringkas kan ja pendahuluan sebab resepi ni pon ringkas sahaja. Tapi jangan anda terkejut dengan bahan-bahan yang diperlukan nya banyak. Resepi mee sanggul kuah kicap.


Bahan-bahan nya :

  1. 250 gram daging lembu - hiris nipis
  2. 1 inci halia - hiris
  3. 2 ulas bawang putih - diketuk
  4. 8 ekor udang besar
  5. Setengah batang lobak merah
  6. 2 batang putik jagung
  7. 1 pelepah kobis cina
  8. 1 biji tomato
  9. 1 batang leek
  10. 2 ulas bawang putih - cincang halus
  11. 1 sudu besar sos "hoi sin"
  12. 2 sudu besar sos tiram
  13. 1 sudu besar kicap pekat
  14. 3 sudu besar kicap cair
  15. 1 sudu teh serbuk lada sulah
  16. Setengah sudu teh cuka makan
  17. 4 titik minyak bijan
  18. Gula
  19. 3 keping mee sanggul
  20. Hirisan daun bawang/daun sup
  21. Hirisan cili padi
  22. Bawang goreng

Cara-cara nya :

  1. Daging dihiris nipis, cuci dan toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama daging, 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih kemudian rebus hingga daging lembut
  2. Asingkan daging dan air rebusannya. Udang dibersihkan. Lobak merah, dibelah 2 dan hiris serong setiap belahan. Leek dihiris halus dan rendam dalam air. Putik jagung dihiris serong, begitu juga kobis cina tadi. Tomato dibelah 6. Ketepikan semua bahan-bahan tadi
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali masukkan minyak bijan, tumis bawang putih dan leek (toskan dulu) hingga harum, masukkan sos tiram dan sos hoisin, kacau rata dan masukkan air rebusan daging (anggaran 1500ml). Tuang kicap cair, kicap pekat dan lada sulah. Masukkan hirisn lobak merah, putih jagung dan udang. Kacau rata dan biar mendidih
  4. Kemudian masukkan sedikit gula dan cuka. Tambah kobis dan tomato. Biar mendidih dan rasa jika kurang masin, tambah kicap cair sedikit lagi. Bila dah ok boleh matikan api
  5. Mee sanggul di celur dalam air panas selama 2 minit, toskan. Ambil kuantiti secukupnya dan letak dalam bekas sesuai. Tuang kuah secukupnya bersama isi2nya sekali. Hias dengan hirisan daun bawang/daun sup, cili padi hiris dan bawang goreng
  6. Siap untuk dihidang
Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Ringkas : Mee Sanggul Kuah Kicap "

Post a Comment