Resepi Nasi Ayam Hainan Ipoh Mali

Nasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia atau Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan, Korea dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan berasal dari China, maka asal-usulnya juga di sana. Tapi disini kami akan kongsikan resepi nasi ayam hainan yang popular di Ipoh.


Bahan-bahan nya :
  1. Bahan-bahan untuk nasi : - 
    1. 4 cawan beras 
    2. 5 ulas bwang putih - tumbuk
    3. 3 kiub ayam brand knor - ramas hancur
    4. 2 helai daun pandan - disimpul
    5. 1 sup bonjot
    6. 2 bunga cengkeh
    7. 1 kayu manis
    8. 2 sudu besar mentega
    9. 1 batang serai - dtitik
    10. Halia - tumbuk
    11. Air 
  2. Bahan-bahan untuk ayam :
    1. Setengah ekor ayam - cuci bersih
    2. 5 ulas bawang putih - tumbuk
    3. Halia - tumbuk
    4. 1 kiub ayam knor
    5. Garam
    6. Air
    7. Minyak bijan - untuk perapan
  3. Bahan-bahan untuk sos kicap :
    1. 4 sudu besar kicap cair
    2. 1 sudu besar kicap pekat
    3. 1 sudu besar madu
    4. Setengah cawan air rebusan ayam
    5. 2 sudu besar minyak bijan
  4. Bahan untuk sos cili :
    1. 5 cili api merah - tumbuk
    2. 3 lada besar merah - tumbuk
    3. Halia - tumbuk
    4. Garam
    5. Gula
    6. Air masak
  5. Bahan-bahan untuk sup :
    1. 3 bawang merah - tumbuk
    2. 2 bawang putih - tumbuk
    3. 1 sup bonjot
    4. 3 rempah sekawan
    5. Halia - tumbuk
    6. Garam
    7. Air rebusan ayam
    8. Minyak - untuk menumis
Cara-cara nya :
  1. Cara-cara menyediakan nasi :
    1. Basuh beras kemudian tos dan ketepikan dahulu
    2. Panaskan mentega di kuali
    3. Masukan bahan tumbuk, sup bonjot, serai, bunga cengkeh dan kayu manis. Tumis semua sampai naik bau
    4. Masukan beras, gaul rata dalam kuali selama lebih kurang 8 mnit
    5. Alihkan ke dalam periuk nasi dan tuangkan air secukupnya, daun pandan dan kiub ayam. Kemudian gaul sebati dan masak nasi seperti biasa
  2. Cara-cara memasak ayam nya :
    1. Satukan air, bahan tumbuk, kiub ayam dan garam dalam periuk. Kemudian didihkan
    2. Apabila sudah mendidih, masukan ayam kemudian tutup mengunakan penutup periuk. Tunggu sampai ayam masak - dalam 30-40 minit
    3. Apabila ayam sudah masak, masukkan kedalam air yang bercampur ais dan rendam dalam 20 minit - proses untuk melembabkan dan melembutkan ayam
    4. Angkat ayam. Sapukan dan perap ayam dengan minyak bijan secukupnya
  3. Cara untuk menyediakan sos kicap :
    1. Campurkan semua bahan-bahan sos kicap dan gaul sebati
  4. Cara-cara menyediakan sos cili :
    1. Satu kan semua bahan-bahan sos cili
    2. Didihkan sementara diatas api sederhana sambil dikacau
  5. Cara-cara menyediakan sup :
    1. Panaskan minyak dalam periuk, masukan bahan tumbuk bersama rempah 3 sekawan dan sup bunjut. Tumis sampai naik bau
    2. Masukkan air rebusan ayam dan gaul sampai mendidih
    3. perasakan dengan garam
  6. Langkah terakhir :
    1. Angkat dan potong ayam
    2. Skop kan satu cawan nasi yang sudah masak
    3. Tabur kan bawang goreng dan daun sup keatas sup dan nasi ayam jika mahu
  7. Siap!!
Selamat mencuba yer anda semua. Pemilik Resepi - Anna Camfrog. Anda boleh jugak like facebook page kami untuk update resepi-resepi lain di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Nasi Ayam Hainan Ipoh Mali"

Post a Comment