Resepi Makaroni Goreng penuh dengan Rasa

Makaroni adalah sejenis pasta kering dalam bentuk tiub sempit, berasal dari Itali, dibuat daripada gandum durum, biasanya tanpa telur. Ia biasanya dipotong pendek; jika dipotong panjang dengan lengkung ia biasanya dipanggil makaroni siku. Beberapa mesin rumah boleh membuat bentuk makaroni, tetapi, seperti kebanyakan pasta, makaroni biasanya dibuat secara komersil dengan penyemperitan skala besar. Bentuk melengkung disebabkan oleh kelajuan yang berbeza pada bahagian berlawanan tiub pasta apabila ia keluar daripada mesin. Jom kita tengok resepi makaroni goreng, makanan barat di Malaya kan. 


Bahan-bahan nya :

  1. 2 cawan makaroni
  2. 1 labu bawang holland - dipotong dadu
  3. 1 biji buah tomato - dipotong dadu
  4. 1 mangkuk kecil daging - dipotong kecil
  5. Setengah tin sos prego tradisional
  6. Lobak merah
  7. Batang celeri
  8. Capsicum
  9. 2 sudu besar lada hitam
  10. 2 sudu besar mixed herbs
  11. Sedikit minyak
  12. Garam
  13. Gula
  14. Sedikit air
Cara-cara nya :

  1. Didihkan air, tambahkan secubit garam dan 1 sudu besar minyak. Celur macaroni hingga lembut. Tos dan ketepikan
  2. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang bersama buah tomato hingga layu
  3. Masukkan daging dan sedikit air. Masak hingga empuk
  4. Masukkan sos prego bersama garam dan gula, kacau sehingga mendidih
  5. Masukkan macaroni tadi bersama lada hitam dan mixed herbs. Kacau rata
  6. Akhir sekali masukkan sayur. Kacau rata
  7. Padam kan api
  8. Siap untuk dihidang
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Makaroni Goreng penuh dengan Rasa"

Post a Comment