Resepi Lasagne yang Super Lazat

Lasagne adalah pasta leper lebar, dan mungkin salah satu jenis pasta yang paling lama pernah dicipta. Perkataan "lasagne" dan, dalam banyak bahasa bukan Itali, bentuk tunggal "lasagna", juga boleh merujuk kepada hidangan yang dibuat dengan beberapa lapisan kepingan lasagne dilapisi dengan sos dan pelbagai bahan-bahan lain.


Bahan-bahan nya :

  1. Kepingan lasagna segera - tak perlu rebus
  2. Keju mozarella
  3. Serbuk keju parmesan
  4. Bahan untuk sos bolognaise :
    1. 300 gram daging kisar
    2. 379 gram sos prego traditional
    3. 3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
    4. 1 biji bawang besar kuning - potong dadu kecil
    5. 4 ulas bawang putih - hiris nipis
    6. 1 biji capsicum hijau - potong dadu
    7. 6 biji cendawan butang - hiris nipis
    8. 1 cawan lobak merah - dipotong dadu kecil
    9. Setengah sudu besar serbuk lada hitam
    10. Garam 
    11. Gula
  5. Bahan untuk sos putih :
    1. 2 sudu besar mentega
    2. 2 sudu besar tepung gandum
    3. 2 keping keju cheddar
    4. 1 sudu besar serbuk parmesan cheese
    5. 1 setengah cawan susu full cream
    6. Lada putih
    7. Garam
Cara-cara nya :

  1. Cara untuk masak sos bolognaise :
    1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga lembut, kemudian masukkan bawang putih dan diikuti daging kisar. Kacau sehingga daging kering airnya
    2. Masukkan serbuk lada hitam, cendawan, dan apabila cendawan sudah layu masukkan pula capsicum, lobak merah dan sos prego
    3. Masak sehingga karot lembut. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya 
    4. Tambahkan air jika kuah kering
  2. Cara untuk masak sos putih :
    1. Panaskan 2 sudu mentega dalam periuk kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sebati
    2. Tuangkan susu dan masukkan cheddar cheese bersama parmesan cheese. Kacau seketika sehingga kuah sedit pekat dan masukkan lada putih seta sedikit garam
    3. Angkat dan sejukkan
  3. Cara untuk membuat lasagna :
    1. Panaskan oven kepada suhu 180°C
    2. Sapu bekas caserole dengan mentega supaya tidak melekat. Susun kepingan lasagna rapat-rapat
    3. Kemudian tuang sos bolognese, ratakan. Sendukkan pula sos putih diikuti mozarella dan parmesan cheese
    4. Ulang semula dengan menyusun kepingan lasagna, sos bolognese, sos putih, mozarella cheese dan sedikit parmesan cheese. Tutup bahagian atas dengan aluminium foil
    5. Bakar di dalam oven selama 25 minit. Kemudian buka aluminium foil dan teruskan membakar sehingga bahagian atas keperangan
  4. Siap untuk dihidang panas-panas
Sedap dimakan ketika masih panas atau suam. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Lasagne yang Super Lazat"

Post a Comment