Resepi Mee udang Lazat Kuala Sepetang

Apabila sebut sahaja mee udang ada sesetengah kita mesti fikirkan mee udang yang popular di Kuala Sepetang Perak. Tetapi, sedikit yang kita tahu sudah banyak tempat yang menyediakan mee udang yang lazat. Tips dan resepi untuk menyediakan mee udang yang lazat seperti dibawah


Bahan-bahan nya :

  1. 500 gram udang laut
  2. 1 bungkus mee kuning - celur
  3. 2 sudu besar sos cili
  4. 1 sudu besar sos tomato
  5. 1 sudu besar pes tomyam
  6. 7 ke 9 tangkai cili kering - buang biji dan rebus kemudian kisar halus
  7. Setengah senduk minyak masak
  8. Bahan kisar halus :
    1. 5 biji bawang merah
    2. 4 ulas bawang putih
    3. 1 inci halia
    4. 1 sudu besar udang kering - direndam
  9. Bahan untuk rebus dan lenyek halus :
    1. 2 biji ubi keledek merah
    2. 3 biji ubi kentang
  10. Bahan hiasan :
    1. bawang goreng
    2. 3 biji telur rebus - belah dua
    3. 2 ketul tauhu goreng - hiris nipis
    4. Daun bawang - hiris hipis
    5. Cili merah - hiris nipis
    6. Sayur sawi - potong dan celur
    7. Limau nipis
Cara-cara penyediaan :

  1. Bersihkan udang laut dengan cara belah belakang dan buang tali hitam di belakang, dan potong janggut
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau
  3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak
  4. Masukkan ubi keledek dan ubi kentang lenyek diikuti dengan air secukupnya
  5. Masukkan sos cili, sos tomato dan pes tomyam. Masak sehingga kuah mendidih
  6. Kemudian masukkan udang, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  7. Hidang dengan cara tuang kuah dan udang di atas mee dan taburkan dengan bahan hiasan
  8. Siap

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Mee udang Lazat Kuala Sepetang"

Post a Comment