Resepi Nasi Kak Wook yang Berpuaka

Kenapa nasi kak wook ni berpuaka?. Jom kita tengok resepi nya.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Beras 
  2. Daun Pandan
  3. Bahan-bahan gulai ayam :
    1. 4 labu bawang bombay 
    2. 5 ulas bawang putih
    3. 1 inci halia
    4. 1 inci lengkuas 
    5. 3 sudu rempah kari daging
    6. 1 sudu rempah kerutub
    7. Kacang panjang - potong 
    8. Terung - potong kecil
    9. Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha - dipotong kecil
    10. Santan 
    11. Garam dan kiub ayam
    12. 1 kerek nisan
  4. Bahan-bahan ayam goreng harum :
    1. 1 ekor Ayam - potong kecil
    2. Garam
    3. 2 inci kunyit hidup - tumbuk lumat
    4. 1 sudu kecil serbuk kunyit 
    5. 1 sudu kecil serbuk cili
    6. Daun kari 3 tangkai
  5. Bahan-bahan sambal belacan Ala Kak Wok :
    1. 4 biji cili kering - direbus
    2. Cili padi 
    3. 2 inci belacan
    4. 1 labu bawang besar - dibakar
    5. 1 labu bawang putih - dibakar
    6. Gula, garam, perasa
    7. Air asam jawa
Cara-cara nya :


  1. Tanak beras bersama daun pandan yang disimpulkan
  2. Cara memasak gulai ayam :
    1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi 
    2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dengan air dan gaul pada ayam. Perap sekejap
    3. Kemudian masukkan kedalam bahan-bahan yang ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang
    4.  Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap
  3. Cara memasak ayam goreng harum :
    1. Ayam basuh bersih dan toskan.
    2. Potong kecil. Lumurkan ayam dengan bahan-bahan lain dan perapkan sekejap
    3. Goreng ayam dalam minyak terendam sampai sederhana garing
    4. Toskan dan ketepikan
  4. Cara menyediakan sambal belacan ala kak wok :
    1. Blend semua bahan-bahan sambal kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya
  5. Sediakan pinggan untuk hidangkan nasi, tuangkan gulai ayam keatas nasi.
  6. Letakkan sedikit ayam goreng dan 1 sudu sambal.
  7. Siap!!
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Nasi Kak Wook yang Berpuaka"

Post a Comment