Resepi Apam Pisang Gebu Gebas

Resepi apam ni sangat mudah. Kalau anda tidak percaya boleh la tengok resepi nya dibawah. 


Bahan-bahan nya :

  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 2 sudu kecil soda bikabornat
  3. 2 sudu kecil baking powder
  4. Bahan-bahan blend sekali :
    1. Pisang awak 9 biji 
    2. Minyak 1 cawan
    3. Gula pasir setengah cawan
    4. Telur 3 biji
Cara-cara nya :


  1. Ayak sekali semua tepung gandum, soda bikarbornat dan baking powder. Ketepikan sementara
  2. Blend semua bahan blend sampai hancur 
  3. Apabila sudah hancur masukkan kedalam bekas tepung tadi kemudian kacau sebati dan rehatkan adunan dalam 10 minit
  4. Masukkan dalam acuan lompang yang telah dialas dengan cup kertas
  5. Kukus selama 15 minit
  6. Siap

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like FB page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Apam Pisang Gebu Gebas"

Post a Comment