Resepi Popia Nestum paling Sedap Dalam Malaysia

Nestum bukan sahaja sedap di buat kek ataupun biskut. Jadi bahan untuk buat popia pon sedap. Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan popia nestum ini.


Bahan-bahan nya :

  1. 1 bungkus kulit popia 
  2. 1 setengah cawan Nestum
  3. Setengah cawan susu tepung 
  4. Setengah cawan gula
  5. Tepung gandum yang dicampur air
  6. Minyak masak
  7. Garam

Cara-cara nya :
  1. Ambil sekeping kulit popia gulung dengan menggunakan chop stick
  2. Kemudian hujung kulit popia itu di gam dengan bancuhan tepung gandum
  3. Selepas itu gunting popia tersebut
  4. Sudah siap gunting baru boleh goreng
  5. Kemudian diketepikan sementara
  6. Cara-cara buat adunan nestum :
    1. Blend nestum, susu tepung, gula dan garam sampai halus
  7. Popia yang siap digoreng tadi boleh lah disapu dengan adunan nestum tadi
  8. Siap
Selamat mencuba. 

1 Response to "Resepi Popia Nestum paling Sedap Dalam Malaysia"