Resepi Telur Masak Baked Bean Lazat

Masakan yang kami ingin kongsikan ini sangat "flexible". Kenapa? kerana masakan ini boleh dibuat makan pagi bersama roti atau dijadikan lauk makan bersama nasi putih panas-panas. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan telur masak baked bean ini.


Bahan-bahan nya :

  1. 4 biji telur
  2. Lada hitam - kisar halus
  3. 1 tin kecil baked beans
  4. 1 biji bawang besar - hiris
  5. 2 ulas bawang putih - cincang halus
  6. 1 biji cili merah - potong dadu
  7. 1 biji cili hijau - potong dadu
  8. Setengah sudu teh kicap maggi seasoning
  9. 1 sudu besar sos tomato
  10. 1 cawan air
  11. Hirisan daun bawang
  12. Minyak masak 
Cara-cara nya :

  1. Telur digoreng mata kerbau satu persatu, masa goreng tu taburkan sedikit serbuk lada hitam. Angkat dan susun atas pinggan
  2. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu, masukkan sos tomato dan kacau rata. Tuang baked beans, kacau dan masukkan air. Biar mendidih dengan api kecil. Masukkan cili hijau dan merah, kacau rata
  3. Tambah kicap maggi seasoning dan setengah sudu teh lada hitam kisar. Kacau rata dan masak sekejap
  4. Matikan api dan tuang atas telur yang disusun tadi. Tabur hirisan daun bawang
  5. Siap untuk dihidang

Resepi yang sangat mudah dan lazat untuk dicuba. Anda boleh like FB page kami di Resepi Malaya Turun-Temurun

0 Response to "Resepi Telur Masak Baked Bean Lazat"

Post a Comment