Resepi untuk membuat Cili Jeruk yang paling Kick

Memang rasa macam tidak lengkap, bila kita makan Char Keow Teow ke Bihun Sup ke kalau tak ada Cili Jeruk kan, Mudah sahaja. Jom kita buat resepi ini. 

 Sebelum Credit to Zukriyah

Selepas 24 Jam : Credit to Zukriyah  

Bahan-bahan Utama untuk membuat Cili Jeruk

  • Cili Hijau / Cili Api Hijau (ambil yang segar/keras)
  • 2 Sudu Besar Gula
  • 2 Sudu Kecil Garam
  • Cuka
  • Air secukupnya
  • Botol Kaca untuk menyimpan

Cara-cara untuk membuat Cili Jeruk 

  1. Basuh dan biarkan Cili Hijau kering seketika. 
  2. Potong atau hiriskan menyerong Cili Hijau *Pastikan guna pisau yang tajam
  3. Sementara itu masakkan Air, Cuka , Gula dan Garam sampai mendidih *guna api yang kecil
  4. Selepas mendidih, tutupkan api dan biarkan seketika.
  5. Kemudian bolehlah tuangkan air didihan tadi kedalam botol kaca, terus masukkan Cili yang dipotong tadi. 
  6. Simpan tempat yang sejuk dan gelap, Selepas 24jam sudah boleh dinikmati. 
  7. Dah boleh makan!

0 Response to "Resepi untuk membuat Cili Jeruk yang paling Kick"

Post a Comment