Resepi Kuih Kundas atau Kuih Kayu

Resepi seakan kuih Pak Tong Ko dengan Cakoi, tetapi versi kemetot..hehe.. Selamat mencuba dan menguli.


Bahan-bahan
  • 500 gram Tepung Gandum
  • 5 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Soda Bikarbonat
  • 1 Paket Yis
  • 1 biji Telur
  • 1 1/2 cawan Air
  • Secubit Garam
  • 1 sudu Marjerin
  • Minyak Masak secukupnya
Cara-cara membuat dan memasaknya
  1. Pertama Satukan Gula, Garam, Soda Bikarbonat, Yis - dilarut dlm 1/2 cawan air, Marjerin dan Telur. Kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan lagi Air, kacau lagi sehingga larut semuanya.
  3. Masukkan Tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan. Uli hingga menjadi doh dan tidak lembik. Biarkan adunan seketika sehingga naik 2x ganda.
  4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak agar ia tidak melekat semasa menguli dan bentukkan memanjang.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
  6. Kemudian tos diatas penapis minyak, sudah boleh makan.
  7. Enak dicicah dengan kuah kacang, sambal ikan bilis atau kuah manis.



0 Response to "Resepi Kuih Kundas atau Kuih Kayu "

Post a Comment