Resepi Paru Goreng Hitam


Telan liur masa taip resepi ini, Waktu sarapan pagi anda tidak menggecewakan apabila kita mengorder Nasi Lemak Paru, So harini, saya kongsikan cara-cara untuk memasak Paru Goreng Kicap. Jimat dan lebih sedap sebab ikut selera kita. Selamat Mencuba. 


Bahan-bahannya:

  • 1/2 kg Paru *direbus
  • 4 cm Halia *diketuk
  • 2 sudu besar Kicap Pekat
  • 3 sudu besar Air Rebusan Paru
  • 2 sudu besar Serbuk Lada Hitam
  • 1 sudu besar Air Asam Jawa
  • Maggi Cukuprasa *Perasa
  • Garam *secukupnya
  • Gula *secukupnya


Bahan-bahan untuk menumis:

  • 1 biji Bawang Besar *dihiris
  • 2 ulas Bawang Putih *dihiris
  • 1 senduk Cili Kering yang dikisar
  • 2 sudu besar Serbuk Jintan Manis
  • 2 tangkai Daun Kari
  • Minyak Masak secukupnya.

Cara-cara untuk memasaknya

  1. Mula-mula, rebus Paru bersama Halia sehingga masak. Setelah masak ketepi dan dibiarkan sejuk seketika. Kemudian dihiris nipis dan diperap dengan kicap pekat, lada hitam, dan air rebusan paru. Masukkan dalam peti ais selama 30 minit.
  2. Selepas 30 minit, keluarkan Paru daripada peti ais dan goreng hingga garing. Ketepikan.
  3. Dalam kuali yang lain, masukkan minyak dalam kuali. Bila minyak sudah panas, tumis Bawang Besar, Bawang Putih bersama Daun Kari. 
  4. Bila telah naik bau, masukkan Cili Kisar, Serbuk Jintan Manis, dan Serbuk Lada Hitam. Kacau rata dan masukkan lebihan Air perapan paru, Garam, Gula, Air asam jawa dan Cukuprasa Maggi serta Cili merah. 
  5. Masak sehingga kuah pekat dan akhir sekali masukkan paru yang telah digoreng tadi. Kacau sebati sehingga kuah melekat pada paru.
  6.  Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
  7. Sedap gila dimakan bersama Nasi Lemak.  

0 Response to "Resepi Paru Goreng Hitam"

Post a Comment