Resepi Kuih Siput Pedas

Resepi turun temurun ni, Mari admin sharekan resepi membuat kuih siput, Selepas ini boleh buat sendiri.


Ramuan-ramuan untuk membuat Kuih Siput:

  1. 1 Kilogram Tepung Gandum
  2. 2 Sudu Kecil  Jintan Manis
  3. 2 Biji Telur Gred A 
  4. 200 Gram Udang Kering - Dikisar
  5. 15 Helai Cili Kering- Dikisar  *ikut kepedasan masing2
  6. 3 Sudu Besar Mentega - Dicairkan
  7. 3 Tangkai Daun Kari - Dilurutkan daunnya
  8. Garam secukup rasa
Cara-cara Menyediakan:

  1. Pertama, masukkan dan gaulkan hingga sebati kesemua bahan diatas ke dalam mangkuk besar kecuali Mentega dan Daun Kari . 
  2. Setelah rata, masukkan mentega yang telah dicarikan ke dalam adunan, Uli adunan hingga menjadi doh yang lembut
  3. * Emergency Tips : Jika adunan doh jadi terlalu keras , bolehlah tambahkan air (sikit demi sedikit)
  4. Ambil doh dalam kuantiti yang sikit , gentelkan adunan menjadi bulat bulat lebih kurang 1 cm size dan golekkan pada acuan kuih siput.
  5. Ulangi langkah sehingga adunan doh habis
  6. Sementara itu, boleh la panaskan kuali dan minyak untuk menggoreng. 
  7. Masukkan adunan kuih siput yang telah digentel tadi dan goreng bersama daun kari sehingga keperangan.
  8. Angkat kuih Siput yang selesai digoreng serta toskan minyak seketika
  9. Simpan dalam bekas kedap udara (supaya tahan lebih lama dan tidak masuk angin
  10. Enjoy ! 

0 Response to "Resepi Kuih Siput Pedas"

Post a Comment