Hari ini nak kongsi Resepi Kek Kukus Coklat Karamel . Resepi sangat mudah dan simple. Sesiapa pun boleh cuba buat kek ini. Mari cuba !
Bahan dan langkah untuk membuat Karamel (Gula hangus) :
- 5 Sudu Besar Gula
- Air
- Cairkan gula ke dalam periuk dengan menggunakan api kecil hingga menjadi karamel
- Kacau dan masukkan air.
- Masukkan karamel ke dalam loyang bulat dan ratakan karamel. Ketepikan seketika serta biar ia sejuk
Bahan dan Langkah untuk membuat Puding:
- 4 Biji Telur saiz A
- 4 Keping Roti
- 1 Cawan Susu Cair
- 1 Cawan Susu Pekat
- 1 Cawan Air Suam
- 1 Sudu Besar Esen Vanila
- Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam pengisar dan kisarkan
- Tapis adunan yang dikisar tadi dan masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel
- Tutup loyang dengan aluminium foil , Kukus hingga 30 minit
Bahan dan Langkah untuk membuat kek:
- 4 Biji Telur Saiz A
- 1 Cawan Gula
- 1 Cawan Minyak Masak
- 1 Cawan Susu Cair
- 1/2 Cawan Susu Pekat
- 1 Sudu Besar Esen Vanila
- 1 1/2 Cawan Tepung Gandum
- 1 Cawan Serbuk Koko
- 1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
- 1 Sudu Kecil Baking Powder
- Pukul Telur, Gula, Minyak, Esen Vanila, Susu Cair dan Susu Pekat di dalam mangkuk adunan.
- Pukul sehingga berbuih dan kembang
- Kemudian masukkan Tepung Gandum, Serbuk Koko, Soda Bikarbonat dan Baking Powder. Pukul adunan sehingga sebati
- Selepas itu, tuang adunan ke dalam loyang Puding tadi. Kukus selama 1 jam.
- Bila sudah masak ,sejuk kek seketika selama 30 minit sehingga ruang tepi kek menjadi renggang dari loyang. Sisipkan tepi kek degan pisau dan terbalikkan perlahan-lahan di atas Bekas / Pinggan Kek
- Simpankan ke dalam peti sejuk selama beberapa jam kerana kek Karamel ini sangat sedap dan sesuai dimakan sejuk
0 Response to "Resepi Kek Karamel Coklat Moist"
Post a Comment