Resepi Ikan Haruan Black Pepper




Bahan-bahannya:

  1. Seekor ikan haruan yang telah dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan lendir dan dipotong kecil.
  2. 1 inci halia dihiris nipis-nipis
  3. 3 ulas bawang kecil dimayang
  4. 2 ulas bawang putih diketuk
  5. 1 keping asam keping
  6. 1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar
  7. Air
  8. Garam
Cara memasak:
  1. Didihkan semua bahan masakan kecuali ikan. 
  2. Setelah air mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. 
  3. Biarkan ia merenih sehingga ikan masak dan ramuannya menjadi mesra.
  4.  Perasakan dengan garam dan hidangkan.
Info yang menarik :-

Ikan haruan yang mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak penting membantu dalam proses penyembuhan luka luar dan dalam menjadi hidangan utama bagi ibu selepas bersalin. Ikan haruan ini biasa dimakan pada peringkat awal lepas bersalin. Luka bersalin biasanya sembuh dalam tempoh 2 minggu.

Kredit  resepi kepada Kelab Ikhtiar Hamil

0 Response to "Resepi Ikan Haruan Black Pepper"

Post a Comment