Resepi Sup Ikan Merah



Bahan-bahan Utama:

  1. Ikan Merah (Terpulang nak berapa ekor)
  2. 1 Kayu Manis
  3. 1 Bunga Lawang
  4. 1 Biji Tomato - Belah 4
  5. 1/2 Batang Lobak - Potong bulat (Boleh Tambah Jika Mahu)
  6. 1.5 Liter Air
  7. Garam (secukup rasa)
  8. Gula (secukup rasa)
  9. Minyak Masak
  10. Perencah Sup 

Bahan untuk kisar:
  1. 2 Inci Halia
  2. 2 Ulas Bawang Merah
  3. 3 Ulas Bawang Putih

Bahan Hiasan: 
  1. Daun Sup
  2. Daun Bawang
  3. Bawang Goreng
Langkah-langkah untuk Memasak:
  1. Tumis bahan kisar, bunga lawang dan kayu manis sehingga wangi
  2. Selepas itu, masukkan bancuhan air perencah sup 
  3. Masukkan air. Biarkan sehingga mendidih
  4. Kemudian masukkan lobak dan masak sehingga lobak menjadi empuk
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  6. Masukkan ikan satu persatu & tomato
  7. Biarkan sup mendidih sehingga ikan masak
  8. Siap dan sedia untuk dihidangkan
  9. Akhir untuk menambahkan kelazatan dan aroma sup, boleh tabur daun sup dan daun bawang serta bawang goreng


0 Response to "Resepi Sup Ikan Merah"

Post a Comment