Cara-cara untuk buat jeruk timun seperti dibawah,
Timun direndam air garam |
Bahan-bahan diperlukan:
- 1 Botol Cuka Makanan
- Cuka Anggur atau Cuka Kurma
- Garam
- Timun
- Bawang putih
- Botol Jar Kaca *untuk simpan jeruk
Cara-cara untuk membuat Jeruk Timun
- Rendam Timun dalam Air Garam semalaman. Ini adalah supaya Timun tidak bergetah dan kekal rangup
- Lepas semalaman didalam Air Garam, keluarkan dan bilas dengan air biasa.
- Masukkan Timun ( nak potong pun boleh) dalam botol kaca sampai penuh.
- Penuhkan botol tersebut dengan 3/4 Cuka Makan, 1/4 Cuka Anggur atau Cuka Kurma, beberapa cubit garam. Pastikan timun-timun tu tenggelam dalam cuka.
- Masukkan juga Bawang Putih yang telah dikupas.
- Lepas tiga atau empat hari, boleh cuba. Jika dah elok jeruknya, keluarkan separuh cuka tu dan gantikan dengan air mineral/masak. Ni supaya boleh simpan lama sikit. Sejukkan dan letak dalam peti ais jika mahu.
- Jeruk timun ni selalu diletakkan didalam burger / Sandwich. Atau boleh juga potong kecil-kecil dan campur dalam salad sebagai snek.
0 Response to "Resepi Membuat Jeruk Mentimun"
Post a Comment