Resepi Acar Ikan Masin

Anak-anak dara zaman sekarang pasti tidak tahu cara pelbagaikan Ikan Kering atau dipanggil Ikan Masin. Selalu nampak atau dengar yang goreng sahaja. Jom hari ini kita tengok dan cuba resepi Acar Ikan Masin ni. Semoga memberi manafaat. 


Bahan-bahan yang diperlukan
  • 200 gram Isi Ikan Masin Kurau 
  • Minyak Masak
  • 10 biji Bawang Merah - tidak perlu hiris atau tumbuk) nanti masukkan seketul-seketul
  • 10 ulas Bawang Putih - tidak perlu hiris atau tumbuk) nanti masukkan seketul-seketul
  • 15 biji Cili Padi *ikut tahap kepedasan anda
  • 3 sudu besar Cuka Makan 
  • 1 sudu besar Gula Melaka
  • Gula Pasir *secukup rasa
  • 2 tangkai Daun Kari *dilurutkan
  • Garam secukup rasa
  • 1/4 cawan air

Bahan-bahan untuk dikisar
  • 2 sudu besar Cili Kisar
  • 1 biji Bawang Besar 
  • 1 inci Halia
  • 1/2 inci Kunyit hidup

Bahan-bahan Rempah
  • 1 sudu kecil Biji Ketumbar 
  • 1 sudu kecil Jintan Kasar
  • 1 sudu kecil Jintan Halus
  • 3/4 sudu kecil Halba
  • 1 sudu kecil Biji Sawi

Cara-cara untuk menyediakannya
  1. Isi Ikan Masin dihiris kecil, cuci dan rendam sekurang2nya 1 jam, tukar air rendaman setiap 20 minit. Kemudian toskan dan biar kering sekejap. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan. 
  2. Kemudian goreng bahan-bahan rempah tanpa minyak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian kisar (gunakan kisar kering) atau tumbuk hingga halus. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis Daun Kari hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga garing. Tambah bahan2 rempah yang dikisar/ditumbuk halus tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil.
  4. Masukkan Gula melaka, Gula Pasir dan Cuka makan. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh garam. Kacau dan masukkan Ikan Masin yang telah digoreng, Bawang Merah, Bawang Putih dan Cili padi. Gaul rata. Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit lagi garam, begitu juga dengan gula. Matikan api, dan boleh hidangkan bersama nasi putih.

0 Response to "Resepi Acar Ikan Masin"

Post a Comment