Resepi Acar Ikan berempah Kari

Bosan-bosan asyik makan acar buah sahaja. Teringin juga untuk pelbagaikan lauk acar ini. Apakata kita cuba masak acar ikan pula, rasa nya pon sangat sedap. Bukan sahaja acar ikan. Ia acar ikan berempah kari. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan acar ikan rempah kari ini.


Bahan-bahan nya :

  1. 1 ekor ikan selar 
  2. Capsicum merah, hijau & kuning - didadu besar
  3. 1 biji bawang besar - belah 8
  4. 3 ulas bawang putih - belah 2 setiap ulas
  5. 1 inci halia - hiris halus
  6. Bahan-bahan tumis :
    1. 1 batang kayu manis
    2. 1 kuntum bunga lawang
    3. 2 biji buah pelaga
    4. 5 kuntum bunga cengkih
  7. 1 sudu besar cili kisar
  8. 3/4 sudu besar rempah kari ikan
  9. Garam
  10. Gula
  11. 1/3 sudu kecil serbuk kunyit
  12. 1 sudu kecil biji sawi
  13. Suku cawan cuka makan
Cara-cara nya :

  1. Ikan disiang, kerat 3, cuci bersih, toskan dan lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan tos, ketepikan
  2. Tinggalkan sedikit minyak, panaskan. Masukkan biji sawi dan goreng sekejap. Tambah rempah tumis, halia, bawang putih, serbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga cili garing. Masukkan serbuk kari dan kacau rata, tuang sedikit air jika perlu. Tambah cuka makan dan masukkan gula secukup rasa. Masak hingga pekat
  3. Tambahkan capsicum dan gaul rata. Tambah ikan goreng, kacau dan perasakan dengan garam secukupnya
  4. Masak sekejap hingga pekat
  5. Padamkan api dan sedia untuk dihidang
Resepi yang sangat mudah tapi penuh dengan rasa. Sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Acar Ikan berempah Kari"

Post a Comment