Resepi Biskut Almond London Paling Lazat

Hari raya tidak sah kalau tiada hidangan biskut Almond London ni. Setiap rumah wajib ada satu balang biskut almond london untuk tetamu dan juga diri sendiri. Betul tak?. Dari kita beli dari orang, baik kita buat sendiri kerana resepi yang kami kongsikan ini bukan sahaja mudah malah sedap. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan biskut almond london ini.


Bahan-bahan nya :

  1. 250 gram mentega
  2. 2 setengah cawan tepung gandum
  3. Setengah cawan nestum - dikisar halus
  4. 1 cawan tepung jagung
  5. 1 cawan gula aising
  6. 1 biji kuning telur
  7. Badam biji - panggang
  8. Badam - cincang untuk hiasan
  9. Coklat masakan
  10. Mangkuk kertas
  11. Sedikit minyak jagung
Cara-cara penyediaan :

  1. Pukul mentega bersama gula hingga sebati. Kemudian, masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga sebati
  2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
  3. Ambil sedikit doh, isikan badam dan bentukkan bujur
  4. Bakar doh pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehingga masak dan sejukkan
  5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan untuk mengilatkan coklat itu. Kaedah double boiler juga boleh digunakan
  6. Apabila coklat sudah cair sepenuhnya, celupkan setiap biskut kedalam coklat
  7. Isi dalam mangkuk kertas dan tabur badam cincang di atasnya
  8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara
  9. Siap
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Biskut Almond London Paling Lazat"

Post a Comment