Resepi Biskut Kacang Peas Lazat

Untuk menyediakan biskut kacang peas ni sangat mudah. Bahan nya pon sangat sedikit. Sesuai untuk sesiapa yang baru pertama kali ke dapur atau pon yang ingin cuba menyediakan kuih-kuih tradisional Malaysia ini.


Bahan-bahan nya :

  1. 1 cawan tepung Kacang Peas
  2. 1 cawan tepung gandum
  3. Setengah cawan gula aising
  4. Setengah sudu kecil baking powder
  5. Setengah sudu kecil garam
  6. Minyak Mazola
  7. 1 biji kuning telur
Cara-cara nya :

  1. Gaulkan kesemua bahan-bahan kering sehingga sebati
  2. Tuangkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sehingga terbentuk doh lembut
  3. Bentukkan bulat-bulat seperti guli
  4. Berus atas nya dengan kuning telur
  5. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak
  6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara
Sudah boleh dibuat hidangan semasa hari raya. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Biskut Kacang Peas Lazat"

Post a Comment