Resepi Gulai Ayam Asli daripada Che Mat

Jom kita tengok resepi gulai ayam asli daripada tiffinbiru


Bahan-bahan nya :

  1. 800 gram ayam 
  2. 5 biji kentang - belah 4 dan direndam
  3. 1 cawan terung pipit/terung palembang - dipecah-pecahkan sedikit
  4. 2 keping asam gelugor
  5. 1 liter santan cair
  6. 300 ml pati santan
  7. 2 batang serai - dititik
  8. 3 helai daun limau purut
  9. Garam
  10. Gula
  11. Bahan-bahan kisar halus :
    1. 5 biji cili merah
    2. 1 biji bawang besar
    3. 5 biji bawang merah
    4. 4 ulas bawang putih
    5. 1 inci halia
    6. 1 inci kunyit hidup
    7. 3 biji buah keras

Cara memasaknya :

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus bersama serai hingga harum. Masukkan kentang dan ayam, gauk rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan cair
  2. Apabila mendidih, masukkan terung pipit dan asam gelugor. Masak hingga kentang 3/4 lembut. Tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula
  3. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan masak dengan api sederhana hingga kentang empuk dan ayam masak
  4. Rasa dan jika ok boleh matikan api
  5. Siap dan sedia untuk dihidangkan

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Gulai Ayam Asli daripada Che Mat"

Post a Comment