Resepi Pulut Serunding Sedap

Tidak memerlukan banyak pengenalan, jom kita tengok resepi pulut serunding yang lazat ini.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Bahan untuk pulut :
    1. 300 gram beras pulut - cuci dan rendam 30 minit dan toskan
    2. Santan cair
    3. 1/4 sudu teh garam
    4. 1 helai daun pandan - disimpul
  2. Bahan-bahan untuk serunding :
    1. 1 setengah kelapa parut - pilih yang kulit basah
    2. Bahan-bahan kisar halus :
      1. 1 batang serai - hiris halus
      2. 2 ulas bawang putih
      3. 5 biji bawang merah
      4. Setengah inci lengkuas
      5. 2 biji cili merah
      6. 3/4 sudu besar ketumbar
      7. Setengah sudu teh jintan halus
      8. Setengah sudu teh jintan kasar
      9. 1 sudu besar udang kering - rendam 10 minit dan toskan
      10. 2 sudu besar gula pasir
    3. Garam 
Cara-cara nya :

  1. Cara menyediakan serunding : 
    1. Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan garam dan juga kelapa parut, gaul rata. Kecilkan api dan masak sambil dikacau selalu hingga serunding berderai tetapi tidak kering
    2. Angkat dan sejukkan
  2. Cara menyediakan pulut : 
    1. Panaskan kukusan, masukkan pulut dalam bekas dan tuang santan cair sehingga separas pulut
    2. Masukkan garam dan gaul rata. Letak daun pandan dan kukus 20 minit, gaul pulut dan kukus lagi 5 minit
    3. Angkat dan sejukkan
  3. Ambil sedikit pulut dan kepalkan
  4. Tabur sedikit serunding diatas nya
  5. Siap
Boleh juga kalau anda ingin salut kan pulut kelilingi pulut. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Pulut Serunding Sedap"

Post a Comment