Resepi Kek Lapis Prune

Kek Lapis Sarawak adalah kek lapis, yang lazimnya dihidangkan di Sarawak, Malaysia pada majlis-majlis khas. Dalam bahasa Melayu, kek itu dikenali sebagai kek lapis Sarawak, kek lapis moden Sarawak, atau hanya kek lapis. Mereka sering dibakar untuk perayaan agama atau kebudayaan seperti Aidilfitri, Krismas, Deepavali, hari lahir dan majlis perkahwinan. Orang ramai di Malaysia mengamalkan rumah terbuka pada hari perayaan. Ciri unik rumah terbuka Sarawak adalah kek berlapis moden. Resepi kali ini diberi nama kek lapis prune.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Bahan A :
    1. 250 gram mentega
    2. 80 gram susu pekat manis
    3. 1 sudu teh rempah kek
    4. Setengah sudu teh serbuk vanilin
    5. 80 gram golden syrup
  2. Bahan B :
    1. 15 kuning telur
    2. 3 putih telur
    3. 120 gram gula kastor
    4. 80 gram tepung superfine
    5. 1 sudu besar ovallete
    6. 20 ml air sejuk
  3. Bahan C :
    1. Pewarna kuning
    2. 150 gram prune - belah 2 dan leperkan
    3. Mentega cair
Cara-cara nya :

  1. Lenser tin kek berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan
  2. Putar bahan A pada kelajuan tinggi selama 5 ke 7 minit hingga kembang dan gebu. Ketepikan
  3. Dalam mangkuk yang lain dan bersih, putar bahan B pada kelajuan sederhana selama 10 minit
  4. Satukan adunan A dan B, gaul rata dan tambah pewarna kuning. Kacau hingga sebati.
  5. Panaskan oven pada suhu 180C, gunakan api "grill"
  6. Sudukan 4 sudu besar adunan ke dalam tin kek, ratakan dan bakar hingga masak. Keluarkan kek, sapu nipis permukaan lapisan dengan mentega cair. Letakkan adunan baru sebanyak 4 camca besar, ratakan dan bakar
  7. Lakukan proses tadi sehingga lapisan ke-4 atau 5
  8. Lapisan seterusnya disusun buah prune tadi dan bakar hingga masak - Tidak perlu disapu mentega cair pada permukaan yang ada buah prune
  9. Buat hingga siap, sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari tin, biar kek betul-betul sejuk sebelum dipotong
  10. Siap

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Kek Lapis Prune "

Post a Comment