Resepi Ayam masak Masam dan Manis @ ayam masak sweet & sour

Sweet and sour adalah istilah generik yang merangkumi pelbagai gaya sos, masakan dan kaedah memasak. Lazimnya digunakan di China, ia telah digunakan di England sejak Abad Pertengahan, dan masih popular di Eropah dan di Malaysia. Oleh itu, tercetuslah resepi yang ingin kami kongsikan ini. Resepi ayam masak manis dan masam atau ayam masak sweet and sour.


Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. 300 gram dada ayam - potong dadu
  2. 3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
  3. Setengah capsicum hijau
  4. 1 biji bawang besar
  5. 1 biji telur
  6. 3 ulas bawang putih - hiris nipis
  7. 1 inci halia - hiris nipis
  8. 1 biji tomato - potong dadu
  9. 1 sudu besar sos ikan
  10. 4 sudu besar sos cili
  11. 2 sudu besar cili kisar
  12. Setengah sudu besar serbuk lada hitam
  13. Nenas - potong dadu
  14. Daun bawang
  15. Garam
  16. Gula
Cara-cara nya :
  1. Perap ayam yang telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 30 minit
  2. Gaulkan ayam yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam di dalam tepung dan goreng sehingga garing. Angkat dan sejukkan
  3. Untuk kuah, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato hancur. Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat - Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung jika anda mahu kuah menjadi lebih pekat
  4. Masukkan ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar
  5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula
  6. Siap dan boleh lah dihidang
Sedap dimakan bersama nasi putih sebagai lauk atau nasi goreng biasa sebagai lauk. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun.

0 Response to "Resepi Ayam masak Masam dan Manis @ ayam masak sweet & sour"

Post a Comment