Resepi Ikan Salmon masak Butter @ Tuscan Butter Salmon

Sedikit pengenalan tentang ikan salmon untuk anda. Salmon adalah nama biasa bagi beberapa spesies ikan dari keluarga Salmonidae. Beberapa ikan lain di dalam keluarga ini dipanggil trout; perbezaannya adalah disebabkan kehidupan migrasi ikan salmon dibandingkan dengan sikap perumahan ikan trout, satu perbezaan yang betul untuk genus Salmo. Salmon hidup di dalam Atlantik (satu spesies migrasi Salmo salar) dan Lautan Pasifik, selain di Tasik-tasik Besar (kira-kira sedozen spesies dari genus Oncorhynchus).

Secara tipikal, salmon adalah anadromous: ia menetas di air tawar, berpindah ke laut, kemudian kembali semula ke air tawar untuk membiak. Walau bagaimanapun, terdapat spesies yang hanya mampu hidup di habitat air tawar. Ia kemungkinan besar disebabkan oleh perternakan spesies-spesied tertentu ikan salmon. Folklore membuktikan bahawa salmon akan kembali ke lokasi sebenar di mana ia ditetaskan, kajian telah membuktikan kebenaran dakwaan ini, akan tetapi sifat bagaimana memori ikan ini berfungsi telah menjadi perdebatan panjang.

Ha, siapa sangka ikan salmon ini bertelur di air tawar dan membesar di air masin. Spesial bukan. Ok, resepi kali ini lagi spesial dibawa khas daripada barat resepi ikan salmon masak butter.


Bahan-bahan nya :
  1. 2 sudu besar minyak zaitun
  2. 3 ketul isi ikan salmon
  3. Lada hitam - diketuk halus
  4. 3 sudu besar mentega
  5. 3 ulas bawang putih - cincang halus
  6. Tomato ceri
  7. 2 cawan baby spinach
  8. 2 cawan "heavy cream"
  9. Suku cawan keju keras
  10. Suku cawan daun selasih dan parsli
Cara-cara nya :
  1. Panas kan minyak masak dalam kuali. Sapukan isi ikan dengan garam dan lada hitam. Masakkan salmon kedalam periuk besar dengan kulit ikan diatas selama 6 minit. Angkat dan ketepikan sebentar
  2. Tumis bawang putih dengan mentega menggunakan kuali yang sama. Tambah tomato ceri dan perasakan dengan lada dan garam. Masak sehingga tomato mula pecah kemudian tambah bayam dan masak sehingga bayam mula layu
  3. Kacau heavy cream, keju keras, daun selasih dan parsli. Kemudian renehkan kira-kira 3 minit
  4. Masukkan ikan salmon yang diketepikan tadi. Masak sehigga ikan salmon betul-betul masak
  5. Siap untuk dihidang
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun.

0 Response to "Resepi Ikan Salmon masak Butter @ Tuscan Butter Salmon"

Post a Comment