Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan. Post kami kali ini akan kongsikan masak lemak cili api yang dipopularkan oleh orang Negeri Sembilan, Malaysia.


Bahan-bahan nya :
  1. 1 kg daging salai
  2. 15 biji belimbing buluh
  3. 4 batang serai - dititik
  4. 1 mangkuk santan segar
  5. 3 keping asam gelugor
  6. Bahan-bahan kisar :
    1. 4 ulas bawang merah
    2. 3 ke 5 sudu besar cili padi kampung 
    3. 1 inci belacan
    4. 1 inci halia
    5. 2 inci kunyit hidup
Cara-cara nya :
  1. Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul 
  2. Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau
  3. Perasakan dengan sedikit garam
  4. Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut
  5. Siap dan boleh dihidang
Amaran, masakan ini pedas. Oleh itu, siapa yang tidak boleh makan pedas tapi ingin mencuba sila sediakan air yang banyak. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun.

0 Response to "Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api"

Post a Comment