Resepi Kuih keria Gula Melaka Mudah

Siapa yang tidak tahu masakan kuih Malaysia ni. Orang panggil donut original dari Malaysia. Ada sesetengah lagi suka kuih keria kerana lagi padat dan penuh dengan rasa dibandingkan dengan donat kerana donat kalau tiada gula, langsung tiada rasa. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan kuih keria gula Melaka ini.



Bahan-bahan nya :
  1. Bahan-bahan untuk doh keria :
    1. 800 gram ubi keledek putih
    2. 1 suku cawan tepung gandum
    3. 2 sudu kecil baking powder
    4. 1 sudu kecil garam
  2. Bahan-bahan untuk salutan gula melaka :
    1. 1 ketul gula melaka
    2. 1 sudu besar gula batu
    3. 1 sudu besar gula putih
    4. Setengah cawan air
cara-cara nya :
  1. Rebus ubi hingga empuk dan toskan airnya
  2. Apabila ubi sudah sejuk, tumbuk halus dengan menggunakan lesung batu dan tarik keluar urat-urat kasar dari ubi keledek
  3. Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh kurang melekat
  4. Leperkan bebola doh dan buat lubang di tengah
  5. Ulang proses sehingga habis doh dan goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan
  6. Tumbuk halus bahan-bahan untuk salutan gula
  7. Masak kan di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat
  8. Kacau atau gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih sehingga sekata
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun.

0 Response to "Resepi Kuih keria Gula Melaka Mudah"

Post a Comment