Resepi sos creamy cheese sedap - homemade

Mudah nya untuk menyediakan sos creamy cheese yang lazat sedap dimakan bersama Nachos, ubi goreng, pisang goreng dan pelbagai lagi. Jom kita cuba buat.


bahan-bahan nya :
  1. 2 sudu besar mentega
  2. 2 sudu besar tepung
  3. 1 cawan susu penuh krim
  4. Suku sudu kecil garam
  5. 1/8 sudu kecil cayenne pepper
  6. 230 gram keju cheddar - diparut
Cara-cara nya ;
  1. Cairkan mentega atas api sederhana. Apabila mentega telah cair, tambah tepung secara berperingkat. Sambil itu kacau sehingga ia bergabung menjadi pes
  2. Tambah susu di dalam kuali itu dan teruskan mengacau. Apabila susu itu sebati, tinggikan haba api dan biarkan hingga mendidih
  3. Apabila susu telah mencapai tahap didih, perlahankan api dan kurangkannya ke tahap reneh pula. Biarkan sos menjadi sedikit pekat
  4. Tambahkan cayenne pepper dan garam. Kacau sehingga sebati
  5. Tambah pula keju dan kacau perlahan-lahan agar ia cair. Apabila semua keju sudah cair, campurkan campuran tadi dengan perlahan-lahan secara konsisten
  6. Apabila tekstur sos terhasil, padamkan api siap untuk penghidangan
Nota: Langkah 1, 2 dan 3 ialah asas untuk buat apa sahaja sos

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun.

0 Response to "Resepi sos creamy cheese sedap - homemade"

Post a Comment