Resepi Ringkas untuk Sahur PART 1 : Ayam Masak Blackpepper

Di bulan Puasa ini kami akan post resepi ringkas yang boleh dibuat untuk lauk masakan sahur anda. Jom kita tengok untuk part 1. Resepi ayam masak blackpepper.


Bahan-bahan nya :
  1. Suku ekor ayam 
  2. Capsicum - merah, hijau dan kuning. Letak tiga2 supaya anda dapat khasiat untuk tiga2 jenis
  3. Sos black pepper
  4. Biji black pepper 
  5. Brokoli 
  6. Bawang putih 
  7. Minyak
  8. kicap 
Cara-cara nya :
  1. Masukkan minyak masak, goreng ayam sampai separuh masak kemudian nya masukkan bawang putih
  2. Gaul-gaul kemudian masukkan sos black pepper dan serbuk black pepper
  3. Apabila bau sudah naik, masukkan kicap secukupnya 
  4. Akhir sekali, masukkan semua sayur
  5. Padam api dan boleh dihidang
 Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun.

0 Response to "Resepi Ringkas untuk Sahur PART 1 : Ayam Masak Blackpepper "

Post a Comment