Resepi Ringkas untuk Sahur PART 4 : Ikan Masak Asam Rebus

Di bulan Puasa ini kami akan post resepi ringkas yang boleh dibuat untuk lauk masakan sahur anda. Jom kita tengok apa pula resepi untuk part 4 ini. Resepi ikan asam rebus


Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. Ikan selar kuning 
  2. Tomato
  3. Kacang bendi
  4. Batang keladi
  5. 1 batang serai - diketuk 
  6. 3 ke 4 keping asam keping 
  7. Serbuk ikan bilis
  8. Garam 
  9. Bahan kisar :
    1. 10 batang Lada kering
    2. 1 labu bawang merah besar
    3. 2 ulas bawang putih
    4. Setengah inci belacan
    5. Setengah inci kunyit hidup 
Cara-cara nya :
  1. Didihkan air di dalam periuk
  2. Tuangkan bahan kisar
  3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa
  4. Apabila ikan sudah masak, masukkan bahan sayuran 
  5. Masak sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk di hidang
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun.

0 Response to "Resepi Ringkas untuk Sahur PART 4 : Ikan Masak Asam Rebus"

Post a Comment