Resepi Ringkas untuk Sahur PART 3 : Ayam Masak halia Kering & Ringkas

Di bulan Puasa ini kami akan post resepi ringkas yang boleh dibuat untuk lauk masakan sahur anda. Jom kita tengok resepi apa pula untuk part 3 ini. Resepi masak halia kering dan ringkas.


Bahan-bahan nya :
  1. 500 gram ayam - potong kecil
  2. 4 ulas bawang putih - hiris nipis
  3. 2 cm halia - dihiris halus memanjang
  4. 1 sudu besar kicap cair
  5. 1 sudu besar sos tiram
  6. 1 biji bawang besar - hiris nipis membulat
  7. 1 biji cili merah - hiris nipis
  8. 1 tangkai daun bawang - hiris panjang 
  9. 1 setengah sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
  10. Minyak masak
  11. Lada sulah 
  12. Garam
  13. Kunyit
Cara penyediaan nya :
  1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan
  2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi dalam anggaran setengah senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau kemudian masukkan kembali ayam yang digoreng tadi
  3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika
  4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat
  5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2 ke 3 minit sebelum diangkat
  6. Tabur dengan daun bawang. Siap untuk dihidang
Tips :
Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun.

0 Response to "Resepi Ringkas untuk Sahur PART 3 : Ayam Masak halia Kering & Ringkas"

Post a Comment