Resepi Ringkas untuk Sahur PART 7 : Ayam buttermilk

Di bulan Puasa ini kami akan post resepi ringkas yang boleh dibuat untuk lauk masakan sahur anda. Jom kita tengok resepi apa pula untuk part 7 ini. Resepi ayam masak buttermilk.


Bahan-bahan nya :
  1. 2 ketul ayam - bahagian dada
  2. Setengah tin susu cair
  3. 3 ulas bawang putih - hiris halus
  4. Setengah biji bawang besar holland - potong dadu
  5. 4 sudu besar mentega
  6. 2 tangkai daun kari
  7. 4 biji cili padi
  8. Bahan salutan ayam :
    1. 2 ke 3 sudu besar tepung gandum
    2. 1 sudu besar serbuk kari
    3. 1 biji telur
    4. Garam
    5. Air
Cara-cara nya :
  1. Potong dadu 2 ketul ayam tersebut
  2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati
  3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih
  4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan
  5. Panaskan butter sehingga cair didalam kuali. Tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau
  6. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi
  7. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya
  8. Siap dihidang
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun.

0 Response to "Resepi Ringkas untuk Sahur PART 7 : Ayam buttermilk"

Post a Comment