Resepi Maggi Goreng Sempoi



Bahan-bahan Utama
  • 2 bungkus Mi Maggi - rendam dengan air panas seketika kemudian toskan  jangan terlalu kembang jika tidak nanti masa goreng hancur lembik2.
  • 1 biji Bawang Besar
  • 6 ulas Bawang Putih
  • Segenggam Udang kering - dikisar bersama bawang-bawang 
  • 10 tangkai cili kering (rendam dgn air panas dan kisar)
  • 2-3 keping Tauhu 
  • Sedikit Sayur Taugeh dan Sayur Sawi
  • Udang ,Sotong, Dada Ayam dan Daging yang dipotong nipis - terpulang pada individu
  • Kicap Manis,Sos Cili dan Sos Tiram secukupnya
  • Daun Sup dan Daun Bawang

Bahan-bahan untuk hiasan
  • Bawang Goreng 
  • Cili Merah 
  • Daun Sup dan Daun Bawang
  • Telur goreng mata
  • Tomato 
  • Timun
  • Limau Kasturi/nipis
Cara-cara untuk menyediakannya

1. Tumis bawang dan bahan kisar tadi sehingga naik bau
2. Bila dah naik bau, masukkan cili kering yang dikisar.
3. Bila dah terbit minyak masukkan sos tiram dan kicap..letak agak2..kalau leh jangan letak garam dulu k.. sebab sos tiram dan kicap nanti dah masin..
4. Masukkan pula daun sup dan daun bawang
5. Kacau rata
6. Masukkan sotong,udang,kerang,isi ayam dan daging
7. Kacau sehingga ayam dan daging nampak kecut
8. Masukkan tauhu
9. Masukkan Maggi
10. Jangan lupa masukkan taugeh dan sawi.

0 Response to "Resepi Maggi Goreng Sempoi"

Post a Comment