Resepi Kerabu betik

Resepi kerabu betik ni spesial sedikit. Kenapa?. Jom kita tengok bagaimana menyediakan kerabu betik yang lazat.


Bahan-bahan yang digunakan :
  1. Setengah atau separuh buah betik yang masak
  2. 1 sudu teh garam
  3. 30 gram daun ketumbar - dihiris
  4. Setengah labu bawang besar - dihiris nipis
  5. 1 hingga 1 setengah sudu teh serbuk ikan bilis
  6. Jus lemon
  7. Cili padi merah - hiris nipis
  8. 50 gram kacang tanah panggang - ditumbuk kasar
  9. Garam 

Cara-cara nya :
  1. Betik diparut dan gaul dan ramas dengan 1 sudu teh garam selama 2 minit
  2. Perap dan masuk dalam peti sejuk - Biarkan selama 1 jam
  3. Masukkan daun ketumbar, bawang besar, serbuk bilis, jus lemon, cili padi dan kacang tanah ke dalam mangkuk dan gaul sehingga rata
  4. Keluarkan betik dan ramas serta perah buang air betik
  5. Kemudian masukkan betik ke dalam mangkuk bahan tadi dan gaul sehingga rata
  6. Biarkan 30 minit sebelum dihidang supaya rasa pada kerabu betik lebih sebati
  7. Siap


Resepi - Zanita Ramli

0 Response to "Resepi Kerabu betik "

Post a Comment