Resepi Kerabu Labu Siam

Arini kita hendak share semua resepi kerabu. kenapa?..Sebab senang saje nak buat. Jom kita tengok bagaimana hendak buat kerabu labu siam ni



Bahan-bahan nya :
  1. 1 biji sayur labu siam 
  2. 3 ulas bawang merah 
  3. 2 batang serai
  4. Suku cawan biji gajus
  5. 2 biji limau nipis
  6. 1 biji cili padi
  7. garam
  8. gula


Cara-cara nya yang mudah :
  1. Sayur labu siam tu dibuang kulitnya. Dibelah dua dan dibuang bijinya. Kemudian disagat atau dihiris halus memanjang cara manual.
  2. Serai dihiris. Gunakan yang bahagian putih sahaja. Kalau serai tu kurus aje macam tak cukup baja, gunalah 3 batang.
  3. Cili padi pun dihiris halus. 1 biji ni pun dah cukup terasa kepedasannya bila dah dicampur dengan jus lemon.
  4. Biji gajus itu digoreng sekejap.
  5. Bawang merah dihiris halus.
  6. Satukan sayur labu siam, serai, cili padi, jus lemon, bawang merah, garam dan gula. Gaul rata.
  7. Akhir sekali, taburkan gajus.

Sedap dimakan dengan Nasi sebagai lauk. Selamat Mencuba

kredit resepi - http://csuraya.blogspot.my

0 Response to "Resepi Kerabu Labu Siam"

Post a Comment