Resepi Kerabu Maggi yang senang & Sedap

Sekarang semua jenis masakkan sudah di kerabukan. Sebut je ape semua ada. Kali ini kami ingin kongsikan resepi kerabu maggi yang sedap dan mudah. kredit resepi kepada Bella Jamal


Bahan-bahan nya :
  1. Bahan Hiris
    1. 1 paket mi segera - perisa tomyam 
    2. 1 biji buah tomato
    3. 1 biji bawang besar
    4. 4 biji cili api
    5. 1 genggam daun ketumbar
    6. 2 biji limau nipis - untuk diambil jus nya
  2. Bahan Lauk
    1. 3 ekor Sotong
    2. Hotdog
    3. Fish ball
    4. Udang
Cara-cara nya : 
  1. Hiriskan bawang besar, daun ketumbar, cili api dan potong kecil tomato.
  2. Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera. 
  3. Rebus semua bahan lauk, tos dan asingkan.
  4. Masukkan mee segera dalam air didih tadi hingga lembut.
  5. Masukkan kesemua bahan hiris dan bahan lauk dalam mangkuk besar.
  6. Tambahkan perencah/rempah dari paket mee segera tadi.
  7. Perahkan jus limau nipis dan gaulkan rata. Sesuaikan rasa
Sedikit tips :-
  • Boleh tambahkan 1 sudu sos ikan jika suka.
  • Boleh tambahkan 2 sudu air rebusan tadi semasa menggaul bahan.
  • Rebus maggi dan bahan lauk secara berasingan sebab kadar masaknya berbeza.

Ape lagi. Senang je kan. Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Kerabu Maggi yang senang & Sedap"

Post a Comment