Resepi Kuih Apam Kukus Puteri Ayu

Resepi yang kami kongsi kan ini kuih apam kukusputeri ayu tanpa santan supaya ia dapat tahan lebih lama. Basi lambat la. Jom kita tengok resepi nya.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. 3 biji telor gred B
  2. 1 sudu makan ovelet
  3. 1 cawan gula pasir blender pakai blen kering tu ya
  4. 1 cawan susu cair
  5. 1 sudu teh essen pandan
  6. 1 sudu makan pewarna hijau
  7. 2 cawan setengah tepung gandum cap sauh 
  8. 2 sudu teh baking powder

Cara-cara nya :
  1. Masukkan gula yg dah blend kering sekali telur dan ovelet pukul sampai putih 
  2. Kemudian, Masukkan susu cair mixer sekejap, masukkan pewarna dan essen pandan, mixer, masukkan tepung td mixer lagi sekejap je
  3. Acuan sapu dengan minyak Kelapa parut putih saje ye 
  4. Gaul dgn garam secubit, tekan dlm acuan
  5. Masukkan dlm pengukus 4 atau 5 minit
  6. Agak-agak dah masak angkat
Selamat mencuba

0 Response to "Resepi Kuih Apam Kukus Puteri Ayu"

Post a Comment